9.5 C
New York
Tuesday, November 19, 2024

Mitsubishi Xpander masih guna kotak gear 4AT di Malaysia kerana ia lebih tahan lasak, respon lebih baik


Mitsubishi Xpander masih guna kotak gear 4AT di Malaysia kerana ia lebih tahan lasak, respon lebih baik

Mitsubishi Xpander facelift 2024 sudah pun dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan hari ini. Dan seperti yang diketahui, mannequin pasaran Malaysia ini menerima peningkatan yang sama dari segi rupa sama seperti pasaran lain, bersama penambahan beberapa perincian lebih baik.

Namun, ada satu perubahan yang diterima pada pasaran luar tetapi tidak diberikan di Malaysia iaitu transmisi – Xpander facelift untuk pasaran lain sudahpun diberikan kotak gear CVT, tetapi mannequin pasaran Malaysia ini masih kekal menggunakan transmisi automatik konvensional empat kelajuan 4AT.

Dalam sesi temu bual bersama media selepas majlis pelancaran yang berlangsung pagi tadi, kami sempat bertanya kepada CEO Mitsubishi Motors Malaysia Shinya Ikeda berkenaan perkara ini, dan beliau memberitahu bahawa faktor kebolehpercayaan, ketahanan dan juga respon pemanduan yang diberikan merupakan aspek yang diambil kira bagi mengekalkan kotak gear 4AT tersebut di sini.

Mitsubishi Xpander masih guna kotak gear 4AT di Malaysia kerana ia lebih tahan lasak, respon lebih baik

“Kami percaya untuk kategori kenderaan ini, dengan persekitaran ini (keadaan tempatan), kebolehpercayaan dan ketahanan. Kadangkala CVT mungkin tidak memberikan respons yang tajam, tetapi kami sedang mempertimbangkan pengenalan CVT pada masa hadapan,” katanya.

Walaupun memberikan pengalaman pemanduan yang kurang seronok berbanding 4AT, kotak gear CVT telah terbukti menawarkan penggunaan bahan api yang lebih efisien. Contoh mudah yang boleh dilihat adalah bagaimana Perodua Myvi generasi ketiga yang menawarkan penjimatan bahan api 5% lebih baik dengan bertukar dari kotak gear 4AT kepada CVT pada mannequin facelift walaupun kekal dengan enjin yang sama.

Namun faktor kebolehpercayaan pengguna di Malaysia juga perlu diambil kira, dan contoh yang boleh dilihat bagaimana keyakinan pembeli Proton Saga yang semakin meningkat apabila Proton beralih dari kotak gear CVT kepada 4AT pada sedan segmen-A berkenaan.

Mitsubishi Xpander masih guna kotak gear 4AT di Malaysia kerana ia lebih tahan lasak, respon lebih baik

Mitsubishi Xpander merupakan MPV bukan nasional paling laris di Malaysia buat masa sekarang, dan MMM dapat menjual secara purata 10,000 unit setahun sejak ia dilancarkan di sini pada lewat 2020. Walaupun ia menerima kelengkapan yang sangat asas kerana pada asalnya menang direka untuk pasaran ‘Low-MPV’ di Indonesia, Xpander jelas memenuhi keperluan untuk pengguna di Malaysia.

Dengan mannequin facelift ini MMM turut menyasarkan penguasaan lebih besar dalam bahagian pasaran dari 12-13% kepada 14%. Ikeda menyatakan ini adalah didorong dengan keputusan Honda Malaysia untuk menamatkan jualan BR-V, dan saingan Xpander dalam pasaran MPV mampu milik bukan nasional hanyalah Toyota Veloz.

Mitsubishi Xpander facelift pasaran Malaysia masih mengekalkan enjin 4A91 1.5 liter DOHC MIVEC berkuasa 105 PS dan tork maksima 141 Nm. Ia juga masih ditawarkan dalam versi pemasangan tempatan (CKD) yang dihasilkan menerusi kilang Hicom di Pekan, Pahang, tetapi kini menampilkan dua varian iaitu varian asas dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM99,980, dan varian Plus berharga RM109,800.

GALERI: Mitsubishi Xpander Plus 2024

GALERI: Mitsubishi Xpander 2024

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles